Langsung ke konten utama

MENGATASI NAFSU SAHWAT

Auto-hide: on
Assalamualaikum warahmatullah..
Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta.
Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.
Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan
taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.
Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hi- dayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya ti- dak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermu- dahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakal- lah..wssalam.
Jawapan
Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.
Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lu- mus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.
Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai
contoh dalam ayat :-
ُهّا َِَع ﱠُﱠ ٌسَِ ْُَأَو ْُﱠ ٌسَِ ﱠُھ ْُِئآَِ ىَِإ ُثَفﱠا ِمَﱢصا ََْَ ْُَ ﱠلِُأ
َأ
ُْُك ُْ
ْ
ُَع ََعَو ْُْََع َبََف ْُَُَأ َنُْَ
Ertinya :
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengam- puni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)
Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.
Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indi- kasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melaku- kan kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa jawapan saya sebelum ini :-·
Zuriat dan keluarga zina
·
Gadis Hampir terlanjur
·
Lelaki telah terlanjur
Allah swt juga menegaskan :-
ٌ ِر ٌرَُغ ي َرنِإ َيَر ََِرَِإ ِء ِ ٌةَر َ َْ ا ﱠنِإ
Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Pen- yayang. ( Yusuf : 53)
BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ?
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mu- dah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.
Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, ke-
sukaran menanganinya dan mengawalnya.

Apa yang perlu adalah : -
Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi keseda-
ran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan
segera dipotong dan dihapuskan.
Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelu- paan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.
Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis pen- yembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.
Seperti menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.
Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpak- saan, bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah. Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.
Pesakit kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia
punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat buruk melanggarinya.
Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefa- haman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.
Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin
dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :
azab api neraka, azab kubur,
mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
kejauhan dari rahmat Allah swt serta
tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
dan lain-lainnya.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sa- haja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
penceraian akan berlaku akibatnya,
pasangan zina mengandung,
bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
apa akan jadi kepada anak-anak ?,
kejian masyarakat,
ditangkap basah dan diumum di media,
adik beradik mengeji, akan dijangkiti AIDS,
dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal se- belum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.
ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG?
Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlan-
jur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.
Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan ke- fahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.
Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tan- panya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.
SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN
Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
1.
Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran
berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
2.
Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan
sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap
dan dilakukan.
4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterus- nya.
6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak
lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang aki- bat waktu kosong.
9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada
Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, den- gannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, seba- gai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

Komentar

Postingan populer dari blog ini

contoh profosal pameran lukisan

DAFTAR ISI   1.Pendahuluhan-------------------------------------------------------------------------------- 1   2.Waktu dan tempat kegiatan--------------------------------------------------------------2   3.Biodata pelukis------------------------------------------------------------------------------- 4.Photo karya peserta pameran-----------------------------------------------------------  5.Penutup----------------------------------------------------------------------------------------10 6.lembar perjanjian kerja sama-----------------------------------------------------------11 7.Lampiran format catalog dan undangan------------------------------------------- 12 PENDAHULUAN   Karya lukisan dengan teknik drawing, bisa dikerjakan dengan media tinta atau pensil warna yang dikombinasikan goresan material kertas atau kanvas. Sifat drawing dalam teknik menggambar, berusia tua dan murni karena mengungkapkan perasaan manusia lewat gambar. Lewat drawi...

cerita di balik relief candi jago

cerita di balik relief candi jago Deskripsi Candi Jago Candi Jago menghadap ke timur, pintu candi berada di sebelah barat. Candi mempunyai bentuk berundak-undak; urutan dari bawah disebut kaki, badan dan atap candi. Pada bagian bawah, yaitu kaki candi, dibuat bersusun tiga tingkat, di atas kaki berdirilah badan candi. Pada dinding luar candi dipahatkan relief-relief. Untuk mengikuti urutan ceritera kita berjalan mengelilingi candi dengan mengirikan candinya. Relief pada teras pertama, yaitu undak terbawah sebagai berikut: Sudut kiri candi (barat laut) terlukis awal ceritera binatang seperti halnya ceritera Tantri. Ceritera ini terdiri dari beberapa panel. Sedangkan pada dinding depan candi terdapat ceritera binatang, yaitu kura-kura yang sedang bercanda. Ada dua kura-kura yang diterbangkan oleh seekor angsa dengan cara kura-kura tadi mengigit setangkai kayu. Di tengah perjalanan kura-kura ditertawakan oleh segerombolan serigala. Mereka mendengar dan kura-kura membalas d...

RENCANA USAHA

Wardoyo 1 PENYUSUNAN RENCANA USAHA I. DEFINISI RENCANA USAHA DAN MANFAAT RENCANA USAHA Rencana Usaha adalah dokumen tertulis yang disiapkan oleh seorang wirausaha yang menggambarkan hubungan faktor-faktor internal dan eksternal yang terlibat dalam memulai bisnis baru. Faktor-faktor fungsional yang terintegrasi : - pemasaran - keuangan - manufacturing (operasi) - sumberdaya manusia Pihak lain yang terlibat pembuatan Rencana Usaha selain Wirausahawan : 1. Lawyers (Ahli Hukum) 2. Akuntan 3. Konsultan Pemasaran 4. Engineers Pihak-Pihak yang membutuhkan Manfaat dari Rencana Usaha : 1. Pegawai Pegawai membutuhkan Rencana Usaha (RU) untuk mengetahui perkembangan perusahaan tempat mereka bekerja karena dengan begitu mereka akan mengetahui manfaat positif maupun negatif dari Rencana Usaha terhadap mereka. Manfaat positif yang mungkin timbul : A. RU membutuhkan penempatan SDM sehingga dimungkinkan adanya penggunaan dari pegawai yang sudah ada untuk ditempatkan (mutasi) y...